Wednesday, 7 January 2015

Pertemuan


 Aku pernah terfikir kenapa aku dipertemukan dengan seseorang tu. 
Kenapa dia hadir dalam hidup aku walaupun sementara 
Kalau dia tak hadir mesti hidup aku sekarang ni berbeza sangat.

Boleh kata aku selalu persoalkan benda tu tak kira siapa pon seseorang tu ex boyfriend ke kawan ke sahabat ke
Aku terfikir la jugak mesti ada sebab di sebalik semua yg terjadi 
Kena la percaya kat qada' n qadar
Pastu bila lama2 baru la aku sedar sikit2 kenapa aku ditemukan dengan dia yg ni dia yg tu. Di sebalik semua pertemuan tu ada pengajaran yg tersendiri aku dapat.

Then aku ada ternampak someone post tentang pertemuan nie. 
Ada 2 sebab kenapa Allah temukan kita dengan seseorang tu.  
Sama ada ujian untuk kita atau dia jodoh kita. 
Betul la tu. Tapi yg ni more to love relationship kot bagi aku. 
Selagi tak jumpa lagi siapa jodoh aku seseorang tu akan jadi ujian untuk aku. 
Ramai orang yg aku jumpa lagi banyak jenis ujian aku dapat.

Percayalah semua tu adalah takdir kita yg telah ditetapkan oleh Allah.
Yang pasti semua perkara yang ditakdirkan oleh-Nya tidak akan membebankan hambaNya dan pasti ada hikmah disebalik. :')



No comments: