Tuesday, 7 October 2014

Perubahan


Perubahan.

Semua orang ingin berubah kan. Perubahan tu terletak pada diri sendiri. Ia adalah satu pilihan sama ada kita ingin berubah atau tidak. Sama ada ingin berubah ke arah kebaikan atau pun keburukan. Mesti orang tanya nak berubah dari segi apa lagi kan kalau diri tu dah elok dah. Berubah apa lagi kan. Tapi sebenarnya orang tak tahu yang setiap diri makhluk yang bernama manusia ini takkan pernah sempurna. Walaupun baik luaran dalaman siapa yang tahu kan. Belakang orang dia buat apa hanya dia yang tahu. Hanya Allah satu2nya saksi yang melihat segala perbuatan. Sebab tu la orang cakap dont judge a book by its cover. Semua orang di dunia ini adalah pelakon yang sangat hebat. Depan orang lain belakang orang pon lain. Lain macam mana tu? Hanya dia yang tahu.

Kenapa perlu berubah? 
Tak boleh ke nak stay sama je macam biasa2 selama nie? 
Takde salah pon kan kalau nak tetap sama je macam biasa. Tapi manusia ni mudah jemu. Jemu dengan perkara yang biasa. Semua orang perlukan perubahan sama ada sikit atau banyak.

Aku bagi satu contoh seorang pelawak. Kalau dia buat lawak yang tak pernah didengar mesti orang akan gelak kan sebab first time dengar. Acu kalau die duk guna lawak yang sama je mesti takde orang nak gelak. Ade pon sengih sinis je sebab nak jaga hati punyer pasal. Sebab ape? Sebab jemu lah jawapan die. Manusia ni semua sama je. Takde beza pon. 
Sama jugak hidup kita perlukan perubahan walaupun sedikit. Pilihlah mana2 bahagian dalam hidup ni yang rasa masih mempunyai kekurangan ke kosong sini kosong sana. Tak kesah la tak pandai masak ke merokok ke tak solat awal waktu ke tak tutup aurat tak pergi kelas ke langsung tak pergi riadah ke tak jaga kesihatan elok2 ke ape2 jela yang sewaktu dengannya. Yang paling penting perubahan yang dibuat mestilah ikhlas dari hati sebab kalau apa yang kita buat tu dengan penuh keikhlasan kita akan rasa enjoy dan gembira dengan apa yang kita buat. Tak dinafikan ada sesetengah perubahan memerlukan paksaan tapi daripada paksaan itulah kita sendiri yang perlu tukar menjadi keikhlasan.

Niat yang baik tu dah elok dah. Tapi alang2 tu mintaklah pada Allah supaya ditetapkan niat tersebut biar istiqamah gitu kata orang sebab iman kita ni sekejap naik sekejap turun. Aku tahu la sebab aku pon macam tu dah rasa dah bila masa iman naik bila masa iman aku turun. Sekejap aku rasa macam nak berubah aku tukar la pastu ada masa aku dah jemu benda yang aku ubah tu akan jadi benda lain kejap pastu ubah lagi dan begitulah ceritanya x kesudahan. Aku percaya semua orang pernah rasa sebab Allah dah jadikan manusia macam tu.

So tepuk dada tanya iman. Di mana aku berada sekarang. Ke mana aku mahu berada. Sesungguhnya aku nurulsyakirin binti bahrin tidaklah sempurna. Sangat tidak sempurna walaupun di mata orang lain ceritanya. Di mana kekurangan aku salah silap aku hanya aku yang tahu. Masih banyak sesangat yang perlu diperbaiki ditampal sana sini yang mana compang camping sebab aku rasa tiada nikmat kehidupan kalau tidak ada perubahan dalam hidup. Segala apa yang aku muntahkan di sini adalah semata-mata peringatan untuk diri sendiri yang masih kosong ilmu dunia dan akhirat. Semoga hari esok adalah lebih baik daripada hari ini. :)

No comments: