Saturday, 4 October 2014

Cinta Selepas Nikah


Tengahari tadi godek punyer godek wechat tengok moments sorang membe yang berbunyi.
"Tiada istilah bahagia jika bercinta sebelum nikah kerana manisnya sementara sedangkan pahit itu terlalu banyak."
aku terfikir sejenak. betul jugak tu kalau diingat balik kenangan2 bercinta dulu banyak yang pahit banyak yang menyakitkan banyak yang melukakan. tapi manisnya tu tetap ada tak dinafikan walaupun pahit tu sentiasa ada tiap masa. haha
tapi kalau dah kawin manis tu lebih banyak. nak merajuk dan pujuk lebih2 pon takpe haha biar pon aku tak reti merajuk dan pujuk orang pon. lantak pi la nak merajuk pon ade aku kesah? huhu 
satu lagi, kalau dah kawin takde istilah putus hubungan kalau duk gaduh bertekak abis hilang anak tekak sekali pon melainkan istilah cerai. ni tak, gaduh putus sambung gaduh lagi putus sambung dan begitu lah analoginya sehingga akhirnya tidak berpenghujung. ada pon putus cari orang lain pastu analogi yang sama lagi yang jadi. penat weeyyy penat tau dak duk buat benda sama. duk pujuk hati sendiri tak nak bagi sakit. duk jaga perasaan orang lagi.


lain lah kalau dah kawin. nak gaduh ke nak smackdown ke perkara tu yg merapatkan lagi hubungan. eceyh, aku ni cakap macam ada pengalaman dah kawin je. hahahaha 
tapi sekarang aku lebih selesa single mingle tingle je walaupun sunyi~ 
yelaa takleh nak menggedik, nak ambil berat lebih2, nak mengadu lebih2.. kena kawal je.. tapi takpe. banyak hikmahnya.

yup.. berkawan.. kalau kawan ramai2 boleh buat pilihan banyak2. kalau dah kapel mesti la setia kan. kalau dak rugi la wey bercinta bagai nak rak pastu kawin dengan orang lain. hahaha
setiap orang dah ditentukan siapa jodohnya so tak perlu la risau kalau x ketemu lagi sape2 yang betol2 diyakini boleh disimpan dalam hati. sekali aku letak seseorang dalam hati sampai bila2 seseorang tu akan lekat. walaupun gaduh seteruk mana sakit seteruk mana tawar hati seteruk mana.
"Jangan risau akan jodohmu, telah tercatat sebaris nama pasanganmu di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu."
sementara tak jumpa lagi siapa2 aku perlu perbaiki diri aku dulu. nak dapat yang terbaik mestilah jadi yang terbaikkan. diri aku banyak lagi kekurangan walaupun orang nampak kelebihan aku sebab hanya aku yang tau kat mana baik buruk diri aku ni. bercinta 4 5 tahun pon belom tentu tau buruk yang ada kan nak2 kalau jenis yang bercinta jarak jauh macam aku nie. banyak benda yang tak tahu banyak benda yang dirahsiakan. bila tahu perkara tu lah yang paling sakit sebab it is all about 'trust'.
 aku harap bakal suami aku nanti dapat terima segala baik buruk aku. nak2 orang yang degil macam aku nie. cakap sekali bukannya nak dengar. kena perli baru nak dengar pastu tacing. hahahaahaha adoiii


so... jom bercinta lepas nikah!! hehehee nampak tak gatai nak kawin kat situ hihi
takpe la gatai sendiri2 je pon. bukan pegi menggatai dengan orang laki ajak kawin.
mama dengan abah macam dah bagi green light nak kawin tapi aku sendiri tak ready nak jadi bini orang. 
so biarkan dulu. belajar tak habis lagi sya oi lain la kalau taon depan dah nak habis.. 
tapi takpe.. angan2 nak kawin tu tetap kena ada. hehe :P adios! 
me love myself n mai pemly! <3
n you too bakal zauj~  ihiks!



No comments: