Monday, 24 February 2014

new life



dah agak lama aku tak update ape2 kat sini. 
sebab ape? banyak faktornya. dan salah satu adalah malas.

         2014 hadir dalam hidup aku dengan pelbagai perkara baru yg semestinya memberi impak yg sangat besar. kisah dulu aku biarkan berlalu. tak perlu lagi untuk dikenang. seharusnya aku tahu 2013 merupakan tahun air mata aku paling banyak keluar dan tahun aku paling tak ambil kisah tentang real life aku especially belajar dan soal hati. aku banyak habiskan masa aku dengan main dragonica.. it sure is fun spend all the time playing games and u dont need to think about others or your life with no problem but only game.. i met so many nice friends there. and guys too.. haha

           tapi tu dulu.. walaupun aku tak ambil kisah hal life aku and belajar Alhamdulillah pointer aku naik dan im a bit frustated sebab kalau aku usaha betul2 mesti aku dapat anugerah pengarah.. well.. past is past.. 
kisah aku dan dia juga sudah berakhir. bagaimana?  semuanya bermula daripada aku jugak.. yeah! macam yg orang selalu kata walaupun luka dah terubat tapi parut tetap ada kan. kaca kalau pecah, dah cantumkan jadi macam asal ia takkan cantik seperti sedia kala kan. sama jugak dengan hati dan perasaan aku. :')
walaupun begitu aku anggap ia sebagai kenangan terindah.. pahit tu aku buang tepi sebab buat apa nak ingat yg pahit kan. tapi orang kata aku bodoh.. sebab biar je hati aku dipermainkan dan sakit sendiri.

         aku dah jumpa orang baru sebab tu la dia pon ada orang baru.. beza kami berdua adalah die tunjuk yg die sudah jumpa orang baru dan aku ni ditinggalkan. ramai yg salah faham tapi nak buat macam mana. mulut orang kan. aku tengok dia pon dah bahagia dan lebih gembira dari masa dia bersama aku dulu.. yea.. aku pon gembira tengok dia macam tu. tapi aku kena sabar kan hati. yela.. walaupun berat untuk melepaskan orang yg pertama aku sayang sepenuh hati bagi kat orang lain. tapi takpe.. ada hikmahnya..
yea.. memang aku dah ada orang baru jugak tapi aku tak sebahagia yg disangkakan. aku anggap hubungan aku yg sekarang sebagai ujian dan dugaan daripada Allah untuk kuatkan lagi hati aku. semoga awak bahagia yea. tapi saya mintak maaf sebab saya tak dapat nak tengok kebahagiaan awak. ade sesuatu dalam hati saya yg berkata-kata tapi tak dapat saya huraikan. jaga dia elok2.. :)

       aku harap tahun 2014 dapat berikan aku lebih kegembiraan dan kebahagiaan daripada orang sekeliling. luaran sememangnya aku kuat tapi dalaman aku biarlah aku kongsikan dengan Allah.. aku dah takde tempat nak mengadu.. nak lupakan semua tu dengan main game macam dulu mungkin dah tak dapat sebab aku dah berhenti main game semua benda tu.. kembali kepada diriku yg asal.. mungkin satu hari nanti aku akan jumpa kebahagiaan aku sendiri. In Shaa Allah.. aminn..