Tuesday, 23 October 2012

hectic months



pheewwwwww~ 

penat memang betul2 penat. minggu ni baru terasa bebas daripada tanggungjawab walaupun secara teknikal sahaja. fizikal dan mental x kira lagi tu macam mana memang terseksa je. haha
btw, memang tak terkira. sepanjang bulan september dengan oktober memang sangat2 memerlukan Sya bagi komitmen sepenuhnya.. boleh senaraikan satu2 ape yang perlu kot. start akhir bulan 9 memang packed giler. sebelum2 tu packed dengan esaimen yg macam gunung yg memang buat setiap budak2 ipg x cukup tido..

here's my whole schedule until today~

24/9 - amali muzik : vokal duet
25/9 - amali muzik kibod
26/9 - amali muzik gitar
untuk amali2 muzik ni memang dari awal lagi dah pektis tapi seminggu terakhir tu memang pulun habis2 la especially kibod. gitar tu tukar lagu last minute je. nasib kord senang je. weee~

27/9 - my birthday : berkayak kat kolam IPIK utk rekreasi

28/9 - UKJK (Ujian Kecergasan Jasmani & Kesihatan)
yang ni paling dahsyat. langsung tak tak turun training terus lari 2.4km a.k.a 6 pusingan trek.

2/10 - koir untuk MALINDO 
prektis sehari sebelum je ramai2. lagu negaraku & IPGM je.

5/10 - amali bola tampar dan hoki
haaa.. semata2 amali yg ni satu la sampai sakit2 tangan n muka tambah gelap. setiap petang kot turun untuk main esp. minggu last sebelum tu jugak. hahaha. tapi best kot main macam tu. badan terasa sihat dan makin cergas tambah lagi amali gerko bola jaring. haihhhh.. x terkata. :3

8/10 hingga 11/10 - rekreasi ke Taman Negara (amali jugak)
banyak2 amali yg ni paling syokk!!  terbaik wa cakap sama lu.. *thumbs up*  
rapid shooting, night walk, lubuk simpon, canopy walkway n n n pergi perkampungan orang asli.
act, ada banyak lagi aktiviti. tapi malas nak menaip. :b

19/10 - event gamelan : konvo pra-sekolah
untuk event ni x banyak sangat makan hari tapi still Sya kena komitmen yg tinggi sebab main alat melodi utama dgn bunga2 sekali dah ingat2 lupa. sebab tu kena train lebih dari orang lain walaupun x sempurna. maaf Abg Syaraff saya tak jadi anak murid yg baik :')

20/10 - Kolej Kediaman Terbuka IPKIK & Malam Mesra Jabatan Pend. Muzik : Masquerade
Kolej Kediaman terbuka tu not bad la. Aman punyer blok best sebab dipenuhi dengan zombie2 yg berkeliaran walaubagaimanapun Sentosa tetap memang. haha Mengalahkan perempuan.
Part Malam Mesra ni Sya paling suka kot. best dinner ever. dengan persembahan dari J3.4 dapat no.2.. proud of Fortune!!  :)  walaupun tertinggal saxophone n terpaksa jadi bidan terjun masuk group backup singer. haha!

21/10 - jadi sukarelawan kat Sepang : Malaysian Motorcycle Grand Prix 2012
antara banyak2 aktiviti, yg ni paling penat. dari pagi sampai ke malam baru balik. berjemur tengah panas lepas tu petang pulak hujan lebat. memang tak dapat bayangkan camne keadaan lepas balik. muka yg gelap tu xyah dinafikan la.. macam orang asli dah rupa ni haa.. 
tapi penat2 pon dapat jugak RM50 sebagai upah.

Sepang menjadi saksi pengakhiran komitmen2 aku sebagai seorang guru pelatih bagi sem 3 PPISMP. 
habis jugak aktiviti2 tersebut bermakna masuklah 'study week' yg x macam study week langsung. gabung sekali dengan Raya Haji. *tahun ni balik umah. yeayy!!*



31/10 - Exam Starting Soon 
tak study pape lagi. tapi will be. 
Hoping for flying colours this time. *target nak dapat dekan*  :)
InsyaAllah~ 
Sem depan dah masuk degreeeee...


there is no words can describe my activities for last few months. but as a trainee teacher i have to face all of this. every experiences taught us something. 



No comments: