Monday, 13 August 2012

last week of ramadhan



Assalamualaikum..



pejam celik pejam celik dah masuk minggu yang terakhir ramadhan dan juga minggu terakhir Sya berada kat bumi IPIK terchenta ini.  alangkah indahnya memikirkan Jumaat ni dah nak balik. tapi bila difikir-fikir balik raya pada kali ini sangat hambar..  dengan cuti raya pendek kerana terpaksa terlibat dengan Hari Kemerdekaan terpaksa lah kami para guru pelatih mengorbankan masa cuti.



 cuti raya yang pendek tidak la sangat menyedihkan tetapi apa yang sangat melukakan hati adalah bila pada 25/8 ni akan berlangsung kenduri perkahwinan Kak Mira kakak sulong Sya.. sedih sangat tak dapat berada di rumah di saat bahagia kakak sendiri. kahwin hanya sekali seumur hidup. dah masa dia akad nikah baru ni pon tak dapat balik. harap2 Kak Mira tak terasa hati. maaf kekanda. bukannya adinda tidak mahu menyambut bersama hari-hari bahagia mu tetapi adinda mempunyai tugasan lain yang tak dapat adinda tolak. demi berjuang untuk bangsa dan negara. 'JANJI DITEPATI'.. =D

minggu ni juga adalah minggu untuk marathon assignment yang berlonggok2 penuh dengan lalat. minggu ni saja 2 assignment. nanti masa raya???  3 4 5 assignment yang perlu disiapkan dan hantar lepas sambutan merdeka.. sungguh berat dugaan pada tahun ini. tapi apekan daya. hanya dapat lakukan yang sebaik mungkin untuk diri.  =(


Doakan Kejayaan saya menyiapkan semua tugasan ini...

No comments: