Saturday, 21 July 2012

Ahlan Wasahlan Ramadhan



Assalamualaikum...

    Pejam celik pejam celik dah masuk Ramadhan yang ke-2 Sya sambut kat Kotaraya Kuala Lumpur di bumi Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas nie. tak sangka dah setahun dah masuk sini. macam2 kenangan suka duka pahit manis dah Sya rasa. macam2 event dah join dan macam2 orang juga dah kenal. At least bermacam2 ada dari KOSONG KOSONG je takde pape yang berbeza.

Ramadhan kali ni tak dapat bersama keluarga tersayang di Terengganu. banyak perkara yang perlu difikirkan dua tiga kali. hehe. rumah jauh memang la macam ni nak balik pon kena fikir dulu. Baru2 ni pon dah berapa kali nak balik tapi ada je halangan. Tapi takpe, Sya masih ada kawan2 yang tersayang di sini.  =)

Ramai budak2 hostel balik rumah nak sambut 1st day Ramadhan bersama keluarga mereka. dah sunyi di sini. hanya tinggal kami2 jela memeriahkan hostel dan surau di sini berterawih. rindu sangat2 suasana bulan puasa masa zaman sekolah dulu. 5 tahun most precious memories ever.

Walaupon tak dapat sambut Ramadhan di rumah tahun nie, Sya tetap bersyukur sebab masih diberi peluang untuk berjumpa dengan bulan yang penuh makna ini. Harap2 Ramadhan tahun ni lebih baik daripada Ramadhan terdahulu. 


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN SEMUA!!  =)

Jom sama-sama tingkatkan amalan kita..







No comments: