Thursday, 27 December 2012

result sem 3 : PPISMP



Happy Holidays!!

erk..bukan ke cuti dah nak habis eh baru nak wish. heee

cuti bukan main lagi lama tak nak gunakan sebaiknya. :3

Btw, result sem 3 dah keluar!!
actually dah keluar 2 hari lepas kot tapi aku baru nak update. lambat betul buat kerja. 
suka benar buat keje bertangguh. 
itu lah nurulsyakirin yg sebenar. haha

Mr. Google
result kali ni dah berbeza sikit dari result yg lepas2. beza dari segi cara dapat je dan kesan.
kalau dulu kena tunggu balik ipg n 2 minggu lepas tu baru boleh dapat result
memang tu menyeksa jiwa la kan

tapi sekarang dah boleh check online. ipik baru gunakan kemudahan atas talian
sempena ipg Lestari la senang kata  :D
tak kira la macam mane cara dapat yg penting result lulus kan.

act, sem 3 ni la sem akhir aku jadi budak foundation a.k.a PPISMP
kalau lulus sem 3 ni maka dengan rasminya boleh masuk PISMP a.k.a degree
senang kan. lulus je. tapi nak tunggu result keluar tu la seksa jiwa raga dulu
lambat sangat keluar. ipg lain dah 2 minggu awal keluar result ipik baru keluar. haha
takpe2. kena bersyukur jugak ye dak?


nak tengok result tak? kat bawah ni  O:


Alhamdulillah.. syukur pada Allah. result aku still 3.50 above dari sem 1. :)
walaupun tak tinggi sangat. tapi i'd tried my best :')
actually result kali ni naik sikit dari result sem 2. 
result sem 2 aku jatuh debum bum bum.
sedikit kecewa di situ tapi aku kembali bangkit walaupun laptop rosak time exam.
semua dokumen n presentation nak study dalam tuh T_T
susah tu xyah cakap la.
tapi mujur la kawan2 yg banyak membantu especially my bestie arin banyak tolong.
thank you sayang! :*

Alhamdulillah jugak semua budak muzik lulus. takde yg kena repeat paper.
dan jugak semua budak kelas aku dapat 3.0 above
walaupun takde yg dapat anugerah pengarah.
welcome to PISMP world friends!!!

cakap pasal anugerah pengarah nie.
anugerah ni diberikan kepada pelajar yg dapat 3.80 above je
dalam erti kata lain dekan la kan.
lepas aku bagitahu result kat parent aku dua2 kata usaha dapatkan dekan lepas ni
adoiii.. jangan la terlalu memandang tinggi anakmu ini. 
bukan senang nak dapat toww.
sekarang bukan mengharap pada pembacaan semata-mata
tapi kat sini guna markah exam+amali+assignment = lulus/gagal

tapi walau bagaimana pun kalau boleh memang aku nak merasa dapat anugerah pengarah tu
walaupun sekali.  T_T
siapa la yg tak nak kan. semua orang nak merasa mende camtu.

setiap result exam aku dari zaman sekolah lagi aku niat untuk gembirakan parent aku
aku tak pandai nak tunjuk kasih sayang aku kat diorang
dengan cara ni jela aku boleh buat diorang happy
keredhaan kedua-dua mak ayah penting dalam hidup :)
tu perkara yg aku sentiasa ingat. usaha selagi boleh usaha.

kawan-kawan doakan aku berjaya tempuh alam degree dengan jayanya taw.
8 sem = 4 tahun lagi menanti di hadapan
a long journey awaits.

Future starts now!



Thursday, 13 December 2012

bila tangan melukis



Presenting....

Arts of The Year~
.
.
.


hasil tangan bakal engineer.  *amin*




hasil tangan bakal cikgu muzik. *InsyaAllah*



berbeza dari segi rupa, bentuk dan warna tapi tetap mempunyai maksud yg sama.

tapi ini gambar dulu. 

gambar boleh terhapus tapi hati dan perasaan Allah yg tetapkan. 

aku berharap ia tetap berkekalan sampai akhir hayat. 

amin.  :)

unplanned



Assalamualaikum..

macam macam aku nak tulis tapi still not in the mood.

macam macam yg jadi tapi hati aku tetap bertahan.

macam macam aku buat tapi tetap tak dapat lupakan.

macam macam orang lakukan pada aku tapi aku tetap senyum. :)

macam macam yg aku rancang tapi semangat tu dah hilang.

macam macam aku luahkan tapi hasilnya tetap sama.

macam macam orang aku jumpa tapi semuanya berbeza

macam macam aku fikir tapi tak semua tu yg wajar.

macam macam aku nak kutuk tapi hati aku kata 'bersabarlah Sya.'

macam macam aku lakukan tapi orang macam tak hargai.

macam macam ade dekat rumah tapi selera makan aku dah kurang.

macam macam cara aku buat tapi aku tetap bangun lambat. *bosan duduk rumah*

macam macam cara aku pujuk hati aku tapi tetap jadi sakit.

macam macam orang tipu aku tapi aku tanya je kenapa. tetap ditipu lagi.

macam macam perangai aku tapi orang tetap takkan faham.

macam macam aku buat untuk berbaik tapi orang tetap kutuk2 aku.

macam macam aku buat untuk jadi lebih mesra tapi aku tetap segan.

siapalah aku..

aku hanya manusia biasa yg mempunyai hati dan perasaan.

orang takkan dapat kenali siapa diri aku yg sebenar.

luaran aku memang tenang tapi sebelum tido air jernih tetap mengalir

hati siapa tak sakit. hati siapa yg tak lembut. 

tapi hati aku lama2 dah pandai terubat sendiri

kerana terlalu banyak terluka 

hati aku kembali seperti dulu

terima kasih manusia  setelah apa yg engkau lakukan pada manusia ini

aku manusia yg lemah tapi bukan bermakna aku tak dapat teruskan kehidupan yg gembira

semua yg hadir dalam hidup aku hargai

baik yg elok mahupun yg buruk

takkan mudah untuk hati aku melupakan

apa yg aku janji itu aku tunaikan jika diizinkan Allah.   :)

nice people, nice memories. 

i'll always smile. don't worry.

lots of love.

Nurulsyakirin Bahrin





















Saturday, 17 November 2012

Special for U~



Hari ni 17 November merupakan birthday someone yg dah lama aku kenal.
 boleh kata sangat rapat zaman sekolah dulu. boleh kata antara orang yg terapat la dengna aku, tido sama2 makan2 lepak dekat locker sama2. boleh kata kebanyakannya sama2 la. tapi yg paling aku tak boleh lupa bila time dia smack-down aku. alahai. memang la kan tak terdaya nak lawan balik. almaklumlah budak tu masuk bomba main angkat2 hos air tu. memang la katang orang kata. 
dia ni dormmate aku. 

budak2 dorm Zulaikha. Sigma : rumah merah

dulu masa kat LeBest, dari budak tu form 1 sampai la aku habis belajar katil dia tepi katil aku. memang tak beralih2 pon tiap tahun. even dorm kitorang bertukar dari hujung blok ke hujung blok pon still kat tepi katil aku. ape orang kata. soul mate. dah memang macam adik beradik dah. aku kakak dia adik. budak ni muda setahun jadi dia belajar lebih setahun dari aku la kat sana. 1st time dia duduk katil tepi aku, tiap2 malam mesti dia ajak kawan dia tido same2 dgn dia. aku dalam hati "apehal budak ni tiap2 malam tido dgan kawan dia." HAHA~  tapi bila dah lama2 oke la dia. sampai sekarang kot aku ingat lagi.


budaknya baik. selalu kongsi masalah dengan aku. aku pon jadilah pendengar yg setia. ada masalah kalau boleh tolong aku tolong. takkan nak buat dek je kan. ke gane. hehe :)  banyak memori pahit manis suka duka kitorang dulu. seram pon ada. gambar yg ada ni pon godek2 dalam simpanan. mengimbau kenangan lalu. me n you together.  <3






sume gambar dia yg suap aku. muahaha  =P

tapi sayang tahun akhir kat lebest banyak aku habiskan masa dengan kawan2. so budak2 dorm ditinggalkan tapi tetap ada dalam hati. bukan nyer terus tak jenguk. nak SPM memang la camtu. budak ni boleh kate pape hal dia bagitahu aku. banyak cakap jugak dibandingkan dengan aku ni yg banyak tersengih2 macam kerang busuk. kalau budak2 lain takut sbb dorang kate aku garang. tapi yg ni sorang jangan harap la nak takut. kena perli ade la. hahaha. 


budak ni nama dia MASTURA MANAS. sampai sekarang tak jumpa. lama tak jumpa kan. nak jumpa tapi tak jumpa2. dia cuti aku belajar. aku cuti dia belajar. same2 cuti takde masa nak keluar. aku yg banyak masalahnyer. parent tak bagi sangat keluar.  

walaubagaimanapun, such a good memories with u dear. tujuan kak sya buat entry ni khas untuk birthday Tuya. nak bagi hadiah kan jauh pulak bila lagi nak jumpa kan. dah lebih setahun tak jumpa kan. nak wish birthday kat fb or mcj kan macam Tuya expect sangat. so Kak Sya up entry special utk Tuya pulak n wish jadi orang yg terakhir. walaupun tak setanding orang lain  :))


HAPPY BIRTHDAY TUYA!!!  
sweet eight-teen~
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan bahagia dunia dan akhirat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman.


kak Sya harap ukhuwah antara kita tetap terjalin erat walaupun kak kurang contact ke ape. u know me shyshycat n untalkative enough. =D  InsyaAllah ada masa kak sya cuba untuk jumpa lagi sembang2 gurau2.  :')





Friday, 16 November 2012

newyear




there's a lot of things to write here.

a lot of things to share.

but i dont have the right time.

i have time but i dont seem its the best for me to write.

but, there's something i wanna say that i'm on holiday now~

HOME SWEET HOME!!

with all the family members and my future niece-to-be

=))


Friday, 2 November 2012

please forgive me



Dear awak, 
saya harap awak baca post saya kali nie. maaf saya tak boleh tidur dan there's many things in my head. tadi godek2 akaun2 yg ada dan saya terjumpa awak punyer blog yg awak saja2 testing nak buat tu. 
oleh sebab takde post dalam tu. tangan dan minda saya terasa nak lakukan perkara jahat pada blog awak tu. hehe
dan saya ada post something. saya harap awak tak marah. tapi saya takde arah sangat sebab tu saya buat jugak. please don't mad my dear.
act, its nothing. tapi ada jugak la bendanyer.
maybe because its something that always getting into my mind and makes me to take  care of my heart even better and makes my trust toward you kept fallen and raised.

I MISS YOU

=))

Thursday, 1 November 2012

Peperiksaan Akhir Pra PISMP Semester 3




Macam agak lewat nak update tapi nak update jugak sebab tergendala tengah jalan.
act, takde ape pon sebab aku ni bukan suka sangat update2 ni sebab memang tak suka bercerita tentang diri sendiri kecuali tengah buang tebiat sangat. heee~

Semester 3.
sem last aku jadi budak pra.
next year insyaAllah dah masuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. =)
tu pon kalau lulus exam sem 3 nie. harap2 la lulus.
exam ni dah mula dah 31hb Oktober means semalam la kan.
subjek BM. tu pon tak study. study sehari sebelum exam. time jawab memang boleh jawab tapi tak cukup masa kot time buat esei tu. dah la tertinggal soalan struktur 4 markah.
i was like... *speechless*

tu baru 1 paper. tinggal 3 paper lagi yang berderet2.
sekarang rehat untuk beberapa hari untuk paper seterusnya.
biasa la jadi budak pra memang la balik lewat sebab tu rehat lama.
dalam hati duk kata "nak study.. nak study.."
tup... tup..
tengok movie.. teruk betul~  >___<"


here's my exam schedule~~

*kotak warna warni tu paper2 aku*

dahsyat kan jadual dia.. bagi subjek BM dulu then rest lama sikit terus ada paper berderet2 3 hari.
dah la duk main selang-seli dengan subjek pj. sume subjek yg perlu perhatian lebih.
tapi pape pon aku perlu buat sebaik mungkin untuk kali nie.
mengejar title dekan tapi rasanya tak perlu lagi kot buat masa sekarang.
just kekalkan pointer yg ada sekarang.   =))


lepas habis exam boleh balik n cuti 2 bulan.
tak tahu lagi nak buat apa masa cuti nanti maybe berfoya-foya je kot. hehe
nak kerja kena tanya parent dulu
walaubagaimanapun,
exam didahulukan, ketenangan diutamakan.  =]


last but not least,
i miss my parent...
mama abah doakan kak su boleh jawab exam molek deh.  :**
big hug from me to you~

i miss my dear too..
harap dapat jumpa lagi. please forgive all my mistakes.
i <3 u



Tuesday, 23 October 2012

hectic months



pheewwwwww~ 

penat memang betul2 penat. minggu ni baru terasa bebas daripada tanggungjawab walaupun secara teknikal sahaja. fizikal dan mental x kira lagi tu macam mana memang terseksa je. haha
btw, memang tak terkira. sepanjang bulan september dengan oktober memang sangat2 memerlukan Sya bagi komitmen sepenuhnya.. boleh senaraikan satu2 ape yang perlu kot. start akhir bulan 9 memang packed giler. sebelum2 tu packed dengan esaimen yg macam gunung yg memang buat setiap budak2 ipg x cukup tido..

here's my whole schedule until today~

24/9 - amali muzik : vokal duet
25/9 - amali muzik kibod
26/9 - amali muzik gitar
untuk amali2 muzik ni memang dari awal lagi dah pektis tapi seminggu terakhir tu memang pulun habis2 la especially kibod. gitar tu tukar lagu last minute je. nasib kord senang je. weee~

27/9 - my birthday : berkayak kat kolam IPIK utk rekreasi

28/9 - UKJK (Ujian Kecergasan Jasmani & Kesihatan)
yang ni paling dahsyat. langsung tak tak turun training terus lari 2.4km a.k.a 6 pusingan trek.

2/10 - koir untuk MALINDO 
prektis sehari sebelum je ramai2. lagu negaraku & IPGM je.

5/10 - amali bola tampar dan hoki
haaa.. semata2 amali yg ni satu la sampai sakit2 tangan n muka tambah gelap. setiap petang kot turun untuk main esp. minggu last sebelum tu jugak. hahaha. tapi best kot main macam tu. badan terasa sihat dan makin cergas tambah lagi amali gerko bola jaring. haihhhh.. x terkata. :3

8/10 hingga 11/10 - rekreasi ke Taman Negara (amali jugak)
banyak2 amali yg ni paling syokk!!  terbaik wa cakap sama lu.. *thumbs up*  
rapid shooting, night walk, lubuk simpon, canopy walkway n n n pergi perkampungan orang asli.
act, ada banyak lagi aktiviti. tapi malas nak menaip. :b

19/10 - event gamelan : konvo pra-sekolah
untuk event ni x banyak sangat makan hari tapi still Sya kena komitmen yg tinggi sebab main alat melodi utama dgn bunga2 sekali dah ingat2 lupa. sebab tu kena train lebih dari orang lain walaupun x sempurna. maaf Abg Syaraff saya tak jadi anak murid yg baik :')

20/10 - Kolej Kediaman Terbuka IPKIK & Malam Mesra Jabatan Pend. Muzik : Masquerade
Kolej Kediaman terbuka tu not bad la. Aman punyer blok best sebab dipenuhi dengan zombie2 yg berkeliaran walaubagaimanapun Sentosa tetap memang. haha Mengalahkan perempuan.
Part Malam Mesra ni Sya paling suka kot. best dinner ever. dengan persembahan dari J3.4 dapat no.2.. proud of Fortune!!  :)  walaupun tertinggal saxophone n terpaksa jadi bidan terjun masuk group backup singer. haha!

21/10 - jadi sukarelawan kat Sepang : Malaysian Motorcycle Grand Prix 2012
antara banyak2 aktiviti, yg ni paling penat. dari pagi sampai ke malam baru balik. berjemur tengah panas lepas tu petang pulak hujan lebat. memang tak dapat bayangkan camne keadaan lepas balik. muka yg gelap tu xyah dinafikan la.. macam orang asli dah rupa ni haa.. 
tapi penat2 pon dapat jugak RM50 sebagai upah.

Sepang menjadi saksi pengakhiran komitmen2 aku sebagai seorang guru pelatih bagi sem 3 PPISMP. 
habis jugak aktiviti2 tersebut bermakna masuklah 'study week' yg x macam study week langsung. gabung sekali dengan Raya Haji. *tahun ni balik umah. yeayy!!*



31/10 - Exam Starting Soon 
tak study pape lagi. tapi will be. 
Hoping for flying colours this time. *target nak dapat dekan*  :)
InsyaAllah~ 
Sem depan dah masuk degreeeee...


there is no words can describe my activities for last few months. but as a trainee teacher i have to face all of this. every experiences taught us something. 



Monday, 8 October 2012

hilang diri



Sya akan pergi camping esok. baru je lepas packing barang2 sume. 
4 hari 3 malam will be the most experienced memories ever. 86 pelajar join camping nie. means semua budak minor PJ ambilan jun 2011 terlibat tapi sayang rumate tersayang x dapat join sebab terlibat dengan PNB punyer aktiviti.
*IPG pulak sibuk nak nama je naik. pengalaman yg susah nak dapat camni lepaskan jela pelajar nak pergi berbanding kuiz PNB ntah pape tu.

banyak aktiviti ekstrem nanti!! waahhh..tak sabar nak buat jungle walk, abseiling, rapid shooting(lupe eja camne), canopy walk way, mandi kat lubuk simpon dan banyak lagi aktiviti. ehh.. ad jugak aktiviti solo dropping. 
i wonder how fun is that at a new place. lupa jugak nak gitau yg Sya pergi camping ni kat Taman Negara Pahang. eksaited kot walau banyak masalah yg tak selesai. janji dapat keseronokan nanti. yeahhh!!



boleh kata menghilangkan diri daripada masalah dunia. nak teman my dear pon tak dapat al maklumlah masuk hutan. aktiviti pulak packed. harap2 ada la orang lain yg sudi temankan. 
tolong ganti my place oke. :)

dah lewat. esok nak berkumpul awal pagi pulak. need to rest. 
jaga diri baik2 my dear sepanjang ketiadaan ku di sisi mu.
kita tak pernah terpisah contact lagi kan sepanjang kita kenal walau sehari mesti ada jugak kan.
i will miss u a lot my dear. saranghae <3

Monday, 1 October 2012

hadiah birthday ke-19



27 september 2012 : 19th birthday

tak ada sambutan hari jadi macam orang lain kena mandi tepung segala bagai
tapi ada satu perkara yg best birthday kali ni adalah kegembiraan
kebetulan birthday kali ni jatuh pada hari khamis dan Sya ada kelas PJ rekreasi
hari tu kitorang cuba untuk main kayak n mandi- manda la yg lebih. SYOKKK!!
seumur hidup x pernah pon terjun dari platform yg tinggi tu n that day miracle happened.
tak tahu dari mana dapat keberaniaan untuk terjun dari atas tu. 
nasib baik ada life jacket kalau tak mujur sangat la nak terjun dari sana. HAHA
the best ever.!!

ramai yg wish birthday. tapi aku busy tak terlayan sangat. maaf kawan2. 
tak kurang jugak ada yg sanggup turun ke bilik aku yg paling bawah ni semata-mata nak bagi hadiah
my adik2 pon ade jugak yg call. tuya, tirah. lame jugak bergayut dgn budak2 nih.
lame tak jumpa kot. nanti kita date ye sayang2. :))
but, i got something special from arryn..


si budak kecik arryn ni x rancang pon nak beli rantai nie.
kebetulan hari rabu tu ajak dia teman Sya pergi beli tiket bas nak balik Terengganu
then kitorang pon ape lagi melencong la pergi TS.
mula2 dia beli capital 'eff' camni then dia pon nak hadiahkan rantai dgn loket yg camni gak kat Sya
orang nak bagi hadiah terima jelakan. thanks a lot arryn. :)))
i know. i choose this capital 'eff' stands for my beloved people. 
you arryn for our Friendship
my Family. <3 
last but not least my dear Ahmad Firdaus.



tahun lepas my dear datang KL 24 sept..
tahun ni takde pon. sedih tapi takpe dah biasa.
tapi thanks awak sebab awak nyanyikan saya lagu 'happy birthday' dengan main gitar sekali
sempat lagi ea nyanyikan. padahal tengah tunggu masa nak balik perak tu
konon nak jadi orang terakhir wish birthday sampai sanggup kata tak ingat ea.
mentang2 dy tido lame sebelum tu. konon mamai n ngantuk sangat la. -____-"


walau awak nyanyi tak betul saya tetap terharu. hehehe 
maaf jugak sebab saya balik umah hari jumaat awak dapat teruskan suprise awak datang KL jumpa saya kan. tapi takpe. minggu depan awak kata nak datang. saya tunggu tau. :))
ILYnMYSM.  <3


but wait ! 
ada satu lagi hadiah birthday yg takkan dapat di mana2. 
tahun ni mama dengan abah dapat pergi haji. gembira sangat2.
birthday abah 28 september n Sya lak 27 september. kire sambut sekali jela kan. hehe
Sya yakin yg hadiah birthday tahun ni memang tak dapat diganti bila2 terutama sekali untuk abah.
semoga selamat pulang mama dan abah. kak su dah demam rindu di sini. hehe

itu jela yg menjadikan 27 september pada tahun ini begitu bahagia dan bermakna.
sometimes, we got something that can't be replaced forever such as our beloved family.
sometimes, something that we think can't be replaced will be replaced anytime.
kekuasaan Allah tak dapat ditandingi.
apa yg diingini akan berlaku dengan izin Allah. 
kunfayakun.  :)


adios! 




Tuesday, 25 September 2012

capital A


my dear capital A, :)

awak pernah cakap hubungan kita ni awal lagi kan. 
tapi seawal2 hubungan ini banyak yg terjadi. 
saya akui ramai yg terluka. awak terluka. saya pon terluka. tapi kali ni saya terluka sangat2. 
saya tak tahu nak kata apa bila dapat tahu ada orang yg suka gila2 dekat awak. saya tak berdaya nak marah. tak berdaya nak menangis. heartless. speechless. 
saya hanya dapat memerhati. 

saya tahu kalau nak bandingkan kali ni dengan yg lepas, perkara yg lepas awak lakukan lagi teruk..
saya hanya dapat bersabar awak.. 
memang la awak lelaki dapat lakukan apa saja..
tapi saya ni perempuan. walaupun hati keras macam batu. bila dah terluka berdarah jugak.

kalau boleh saya pon nak jugak macam orang lain. orang kesayangan ada depan mata.
tengok kegembiraan kesedihan dia.
tapi kita.?? none. 
jumpa pon sebulan belom tentu. dapat jumpa 15 minit tu pon kalau saya balik rumah.
langsung tak cukup.
kalau awak ada masalah pon belom tentu awak share dengan saya. pendam sorang je.
sebab tu saya sanggup lepaskan awak je. 
baru lah awak boleh share dengan orang yg lebih dekat dengan awak.
tapi xpe lah. saya faham hidup awak tak sesenang hidup saya.

banyak kan dugaan kita. sampai saya pon hampir putus asa.
tapi saya harap hubungan kita kekal lama.
saya harap awak dan saya dapat jadi lebih baik.
awak tunggu saya tau. saya pon nak tunggu awak.
tapi awak jangan la nakal sangat kat sana.
sampai ada berjuta orang yg suka kat awak...
saya tergugat. bukan sikit tapi banyak. 
memang awak x mengaku tapi saya tahu.. i learned from ur histories.
dah banyak sangat. saya hanya dapat bersabar..



apa yg berlalu saya maafkan.. awak dapat pengajaran awak..
but i need time to build my trust toward u once more.
i do love you,
i do miss u a lot my dear capital A.  :)

Friday, 21 September 2012

. . . . . .




semua dah jadi semakin celaru. aku tak tahu apa yang patut aku lakukan.
i need someone right now.  :(
hati tak tenang
berdegup kencang membuatkan tangan aku sejuk

semakin lama semakin banyak dugaan yang menimpa.
apakah ini satu petunjuk Ya Allah.. 

sangat berharap aku dapat pegang kata2 dia. 
tak sanggup dah melalui perkara macam ni lagi

aku adalah aku
seorang yang masih lagi mencari identiti yang sebenar
maaf jika aku banyak membuat kesilapan..

my biggest mistake ever i think.
:((









Monday, 13 August 2012

last week of ramadhan



Assalamualaikum..



pejam celik pejam celik dah masuk minggu yang terakhir ramadhan dan juga minggu terakhir Sya berada kat bumi IPIK terchenta ini.  alangkah indahnya memikirkan Jumaat ni dah nak balik. tapi bila difikir-fikir balik raya pada kali ini sangat hambar..  dengan cuti raya pendek kerana terpaksa terlibat dengan Hari Kemerdekaan terpaksa lah kami para guru pelatih mengorbankan masa cuti.



 cuti raya yang pendek tidak la sangat menyedihkan tetapi apa yang sangat melukakan hati adalah bila pada 25/8 ni akan berlangsung kenduri perkahwinan Kak Mira kakak sulong Sya.. sedih sangat tak dapat berada di rumah di saat bahagia kakak sendiri. kahwin hanya sekali seumur hidup. dah masa dia akad nikah baru ni pon tak dapat balik. harap2 Kak Mira tak terasa hati. maaf kekanda. bukannya adinda tidak mahu menyambut bersama hari-hari bahagia mu tetapi adinda mempunyai tugasan lain yang tak dapat adinda tolak. demi berjuang untuk bangsa dan negara. 'JANJI DITEPATI'.. =D

minggu ni juga adalah minggu untuk marathon assignment yang berlonggok2 penuh dengan lalat. minggu ni saja 2 assignment. nanti masa raya???  3 4 5 assignment yang perlu disiapkan dan hantar lepas sambutan merdeka.. sungguh berat dugaan pada tahun ini. tapi apekan daya. hanya dapat lakukan yang sebaik mungkin untuk diri.  =(


Doakan Kejayaan saya menyiapkan semua tugasan ini...

Sunday, 22 July 2012

1st Day of Ramadhan



Assalamualaikum...  :)

masih terasa kenyang dengan juadah berbuka puasa di hari pertama ini. walaupon tak balik rumah, berbuka puasa hari ni masih lagi meriah dengan hadirnya teman2 yang sentiasa di sisi.
thanks kak kimah, mie, asraf, fahmi, awe n budak junior yang kami ajak makan sama2. best dan kenyang giler tambah lagi dengan gelagat korang yg macam2 hal. =D

tadi baru dapat berterawih di surau tapi rugi x bawak al-Quran bersama. harap2 hari esok masih ada untuk Sya tingkatkan amalan di bulan yang mulia ini. rindu famili dan kawan2 LeBest  =')
InsyaAllah kita jumpa lagi ye terutama geng2 flowers 9. miss them damn much. 




Saturday, 21 July 2012

Ahlan Wasahlan Ramadhan



Assalamualaikum...

    Pejam celik pejam celik dah masuk Ramadhan yang ke-2 Sya sambut kat Kotaraya Kuala Lumpur di bumi Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas nie. tak sangka dah setahun dah masuk sini. macam2 kenangan suka duka pahit manis dah Sya rasa. macam2 event dah join dan macam2 orang juga dah kenal. At least bermacam2 ada dari KOSONG KOSONG je takde pape yang berbeza.

Ramadhan kali ni tak dapat bersama keluarga tersayang di Terengganu. banyak perkara yang perlu difikirkan dua tiga kali. hehe. rumah jauh memang la macam ni nak balik pon kena fikir dulu. Baru2 ni pon dah berapa kali nak balik tapi ada je halangan. Tapi takpe, Sya masih ada kawan2 yang tersayang di sini.  =)

Ramai budak2 hostel balik rumah nak sambut 1st day Ramadhan bersama keluarga mereka. dah sunyi di sini. hanya tinggal kami2 jela memeriahkan hostel dan surau di sini berterawih. rindu sangat2 suasana bulan puasa masa zaman sekolah dulu. 5 tahun most precious memories ever.

Walaupon tak dapat sambut Ramadhan di rumah tahun nie, Sya tetap bersyukur sebab masih diberi peluang untuk berjumpa dengan bulan yang penuh makna ini. Harap2 Ramadhan tahun ni lebih baik daripada Ramadhan terdahulu. 


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN SEMUA!!  =)

Jom sama-sama tingkatkan amalan kita..







Sunday, 17 June 2012

flowers 9


FLOWERS 9 will always in my heart forever. never be replaced.

i guess ramai budak 2nd batch kat Le'BEST tahu flowers 9 tu ape. act, flowers9 are my very mery best friends. xde sape yg boley ganti dorang. sangat2 special. camne kitorang jadi geng pon sangat unik. macam jodoh antara kitorang sentiasa ada. ade je yg buat kitorang sentiasa bersama.
boleh katakan what we do, we always together. :)

kami. The Flowers9

sebab ape nama kitorang flowers9?? kalau tengok gambar pon mesti da tahu kenapakan. semua perempuan mestilah bunga takkan kumbang pulak n bunga2 ni semua ada 9. act, dulu kami punyer na,a 'WamboatGeng' tapi ditukar atas sebab2 tertentu. nama yg asal tu pon ada kisahnya yg tersendiri. lawak pon ada.

i wanna share our chronologywritten by our special editor shared in our fb group 'Mursyidah Mohamad'
*credit to you*

Coretan adik bongsu~

:: 2006 ::

kita masuk lebest. bdk2 agi mase tu. saling kenal? ade lah kot kenal2. tp xrapat la op. sume laen2 kelas, laen2 geng. sya n malin, 1e6, sy n sarah, 1e5, aini n yuni, 1e4, n then nadia ain n aten 1e3. see? mcm jodoh doh. balance doh. 1e3 je lebih sorg. haha. even sy pon xrapat ngn sarah mse tu. ngn sya ngn malin lagi la. jaohhh nk rapat. haha. tanpa disangka dlam 2 3 tahun lepas tu, kite akan brtemu kan? huhu. mcm2 ragam mse form 1. mase ni lah mcm2 prangai xau mnde. tp lepas tu mmprbaikinye..

:: 2007 ::

tahun ni, bru sy kenal geng2 baik. sy skelas ngn ain. nk tahu se mnde? sy syukur sgt bile dprtemukan dgn ain mse ni. mybe sy jadi koho baek kot. mse form 1 maen je sokmo. huhu. tp mse ni xrapat lagi ngn yuni n sarah. kite se geng ngn kirah n ezzah kan? ingat op blake? beng wak xingat ah...hehe. mcm2 cite mse form 2. mls nk tulis blake sini. hehehe.

:: 2008 ::

at last, kite dprtemukan. well, who knows? akhirnye kita jadi 1 geng? mula2 kekok gop. ni tahun 1st kelas band pecoh an. ingat agi pggil sya ngn malin mule2. "syakirin2, amalina2, ". hahahaha. lawok eh bile tringat mla. mcm2. tahun ni paling byk memori. tp g lawatan xpenoh ckup semua. stdy same2, mkn same2,... target kita mse tu. just 8a..

:: 2009 ::

tahun ni bermula dngan prasaan gembira. awal2 je. mse still sekelas. huhu. ingat agi mse ye umum kelas hk streaming mula. nangis dok breti awok kite lepas pecoh kelas. bdk2 laki pon heran. ingat agi ipe kabo. "owoh awok mu mace pndh skoloh. padahal pisoh kelas jah, haha. " ingat op awal2 kite ade konflik. hihihi. mcm2. mu balik dulu, aku balik dulu. mcm2. xmeced mane agi ekpon. hehe. tp berita hk paling myedihkan kite mse form4, nadia pndoh g sester. mse nadia naek kete mok ye ow. sedih gile. ingat agi peluk ngn yuni mse tu. huhu..

:: 2010 ::

again, awal2 kite pisoh kan. yuni ngn aini 5e1. sy aten sya malin 5e2 n ain ngn sarah 5e3. mmg streaming xikut mne ah. awal2 sedak gop duk 5e2. sbb cg best. pastu streaming smula.. last2 sume duk 5e1 n ain duk 5e2.. huhu. syg ain xnaek 5e1. kdg kalu ain duk 5e1 mmg xkmbang ah awok kite. lepok dlam kelas je. hahaha. SB..! pangkalan tetap... "secret base". hahahhaa. bilik lepok paling besttttt. nakal guh. mjur cg dok tutup bilik ni...

:: 2011 ::

then kite dapat result taon ni. masing2 sambung stdy kat tmpat laen2.. sy temu jodoh ngn nadia kt uia..huhu. ain aten malin sarah stdy kat palam... yuni ah marosss sekali. msu. g india la kkg..huhu. sya g mktb.. aini uitm dungun... duk mne2 pon same je kite. kalu Allah letok kite situ, situ lah tmpt kite... ade hikmah dsebalik sume...
walaupun kite duk jaoh, prasaan syg ssame kite xpenoh hilang kan...

:: 2012 ::

sambung ah sdri pulok..hahaha

# ssungguhnye sy amat rindu utk hang out bersama kalian semua.... smua persahabatn ni kekal di dunia n akhirat... :')

Fathin Syahira Fahima Nadia Fara Ain Ayuni Badihah Abd Aziz Maisarah Kahar Mallynn Yusof Syakirin Bahrin Ainiey Saidon...

luv u all.... luv u so much... :')))))))))
Face of The Future  :)

2012???
kita masing2 sibuk dengan belajar. dah macam chipsmore. sekejap ada sekejap xde. contact pon jarang2. tapi masing2 rindukan 'Flowers9'. i believe that. xde orang yg boleh replace korang. masing2 ingin berkumpul balik macam dulu2. belajar, makan, main, balik kelas semua bersama. even kalau boleh nak pegi lawatan lagi macam dulu2. 
tahun ni masing2 ramai yg struggle sebab asasi nak masuk degree. even me too.
although i'm here alone. but my heart will always miss you girls. : ')


Form 5. *nadia takde*  


Form 3. Our Journey Begin Here.


banyak perkara yg kita tempuhi bersama. suka ada. duka pon ada. memang mustahil kalau kate dalam sesuatu hubungan kawan2 takde konflik. kita pon ade konflik. kita pon gaduh. tapi saya harap ukhwah kita sampai akhir hayat. thanks for everything my dear friends.  :'))))



Sunday, 1 April 2012

Weekend =D

Assalamualaikum..

minggu lepas memang minggu yang tersangat2 lah sibuk sampai sya pon terlewat hantar esaimen. xtaw la tu camne naseb esaimen tu nanti. hmm... btw, Lunch Time Concert pon dah berjaya kamii budak2 muzik PPISMP sem 2 harungi dengan jayanya.. ramai yg berpuas hati tapi still ade la kesilapan sikit dalam pengurusan majlis.. but overall sume group memang hebat2.. group sya giliran yg ke-2 memang la nervous kot.. hee~ *biar pon takde perasaan masa tu*  group sya buat lagu wajib Top Of The World n medley A Whole New World dan Bila Larut Malam.. best !!

sya akan update semula pasal Lunch Time Concert ni next time.. kali ni just nak cakap yg weekend ni banyak membazir masa je..nak2 FB tu banyak betol dugaan. last2 tadi sya amek keputusan suruh 'dia' tukar password FB sya jap baru lah tenang nak buat keje sikit.. =)  memang menjadi la taktik tu..bukan ape.. esaimen still banyak, masa pon banyak yg terbazir.. sya ni bukan boleh harap sangat pon bab keje2 nie. selalu je tertangguh sejak zaman sekolah lagi...teruk kan. =b pastu mula lah tak tido malam. mata pon lebam. --.--


ok la..time to continue assignment-ing... dah rindu dah nie. =D




Monday, 19 March 2012

Nyanyi time konvokesyen IPGM 2012



assalamualaikum...


harini 1st day kuliah lepas cuti seminggu same dgn budak2 cuti sekolah.. almaklumlah IPG katekan budak2 sekolah cuti kita pon join sekaki laa.. btw, sya nak kongsi sikit aktiviti sya mase cuti seminggu tu..act, sya xnak balik terengganu bukan sebab xnak balik rumah tapi rasa tak berbaloi balik...5 hari terawal burn camtu je sebab kena pegi koir untuk konvokesyen IPGM..TAHNIAH !! untuk senior2 yg dah graduated tu..lepas ni dah jadi cikgu ! bestnyerrr.. >.<   TAPI, haaaa....ade tapi jugak nie..utk event tu kitorang tinggal dekat Hotel Plaza,KL..syokkk!!! 3 hari 2 malam je tapi oke laa selesa..

koir ni jugak adalah pengalaman pertama Sya masuk program kena nyanyi bagai ~ eh ! dulu penah la zaman sekolah rendah BORIA tapi mase tu budak2 lagi aci lah ! bcoz of dis choir, Sya byk improve dlm teknik2 nak nyanyi..x macam dulu sedih je time kelas vokal.. HAHA

hmm..ape lagi ek..Sya xnak la melalut banyak2..act, Sya nak share gambar2 je time kitorang kat sane je..nyanyi tu sekejap je..bergambar yg banyak..biasalah remaja2 ni pantang tengok kamera terus posing =)

ala2 stewardess kat airport

ni la kedudukan kitorang time show tapi ni tempat rehat kitorang

my bestie kat IPIK arin n mie

classmates sayang ! =')

raptai untuk konvo

i love this pic ! =D

pilot2 kat tengah ngee~


tempat makan



boboyz~



banyak lagi gambar2 yg ade n macam2 gaya ade..ni pon curi sikit2..
#credit to jurugambar2 yg sedang meningkat naik especially Asraf  #gambardiakatbawah#

Asraf n the penyambut tetamu Michell n Nelly


Btw, konvo ni dekat Putrajaya International Connvention Centre (PICC)  >___<





Sunday, 4 March 2012

September Girl



Assalamualaikum...
1st assignment sudah selamat dihantar dan betapa leganya sekejap. buat sampai sakit kepala kot.. biasalah hidup student mane2 pon sakit. sakit situ sakit sini.luar sakit dalam pon sakit. dah tak boleh nak lari dah. nasib baik minggu depan cuti tapi tak dapat cuti gak. adoiii..sedeh~ T.T

 again, nak share satu benda about september person because i'm a september girl..  ^.^
RAHSIA BULAN KELAHIRAN  ===> SEPTEMBER !!

sangat bersopan santun & bertolak ansur, 
 cermat,
teliti & teratur, 
 suka menegur kesilapan org lain & mengkritik,
  pendiam tapi pandai bercakap, 
 sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati,
 sangat perihatin & terperinci,
amanah,
setia & jujur, 
kerja yg dilakukan sangat sempurna, 
sangat sensitif yg tidak diketahui org, 
 banyak berfikir,
 daya pentaakulan yg baik, 
otak bijak & mudah belajar,
 suka mencari maklumat, 
kawal diri dari terlalu mengkritik,
 pandai mendorong diri sendiri, 
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, 
suka sukan, hiburan & melancong, 
 kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, 
 terlalu memilih pasangan, 
sukakan benda yg luas,
 bersistematik!






rasanya tak semua yang betul tentang sya. memang  ada la yang betulnya.. maybe siapa yang kawan rapat dengan sya tahu la kot yang mana satu sebab orang lain yang boleh nilai diri kita..manusia mana sedar kelakuan diri sendiri sehinggalah diberitahu.. huhu..ni hanyalah hasil kajian daripada semua septemberians yang ada atas muka bumi yang sementara ini~ :)






Friday, 24 February 2012

3 more years at hostel


Assalamualaikum  :)

rasa2 ni 1st post utk bulan Februari ni. boleh kata bulan ni or lebih baik Sya kata Sem 2 as IPIKian ni sangat2 meletihkan dan banyak komitmen yg kena bagi especially utk assignment projek utk muzik 2 which is i have to perform a concert with my groups. banyak benda yang perlu ambil kira. nak buat latihan lagi, buat skor lagi. sangat2 penat ~.~  dan2.....sebagai pelatih guru yang dapat minor PJ ni xtau lah nak cakap camne. muka dah jadi macam tahi cicak berbelang2.(kena pj tengah panas). bayangkan kitorang pj pukul 1.30 petang pon ade for 2 hours..tapi tetap menyeronokkan siriesly.. Ku Tak Mahu Tapi Mahu~


Back to topic, hmm... malam tadi Kolej Kediaman Aman ada buat roll-call then kami dapat 1 berita gembira yg berbunyi "Lepas ni korang tak perlu bimbang tentang rumah sewa kerana tiada intake untuk KPLSM stands for Kursus Perguruan Lepasan SPM untuk 3 tahun." then Sya macam gembira sangat pun ada n x gembira pun ada sebab selama 3 tahun lagi kena duduk hostel yg ada peraturan itu ini..agak terkongkong la..tapi xpe dapat jimat duit sewa yg RM80 sebulan je kena bayar utk asrama. :)

but, agak sedih la sebab x merasa lah nak dapat adik2 junior yg baru masuk.. ni dapat abg2 n kakak2 junior adalah..utk budak2 lepasan SPM pun x tahu nak cakap camne.. kesian gak kat dorang tapi nak buat camne kan. perlu lepaskan hasrat hati nak masuk bidang perguruan ni. xde rezeki utk dorang.. utk adik2 ku, jangan putus asa. ada banyak lagi peluang di luar sana selain guru. =)  thats all for dis time.. need to spend time wif my lovely assignment again....  ^.^


                                                                         


Thursday, 26 January 2012

guitar lesson :)



Assalamualaikum.. =)


Sya kan sekarang tengah study kat IPIK dlm course music dan dah sem 2. :) Dulu mase sem 1 kitorang student music ni kena belajar main rekoder ngan kibod je. Then, dis year da upgrade sikit belajar gitar~ so excited u know. walau pun x masuk lagi dalam lecture gitar tapi Sya dah start practise a bit excited punyer pasal lah. nasib baik ada sedare tolong dermakan gitar lama dy. nak harapkan beli sendiri lambat lagi laa..*elaun punyer pasal x masuk2*  Walaupon dah uzur berhabuk segala bagai, masih boleh keluarkan bunyi dan peluang untuk Sya practise chord dy.huhu..




Btw, hari ni saja dah boleh main lagu Keluang Man ngan Marry You(Bruno Mars)..tibe2 rasa nak belajar lagu tu..stakat nie boleh la main tapi still x smooth~ seronok main lagu Keluang Man tu. santai jek. a bit childish.. =D and3...x lupe jugak, my sis ada suruh cari lagu Happy Birthday tadi.. aiyoo~ syok giler weh...sweet je dengar..Sya blajar kat utube . nah link dy tekan sini!!  <-------


Tadi my sis try nyanyi and main sekali lagu Happy Birthday tu.walao~ cair kot..hahaha..ni sya nak share lirik and chord lagu keluang man tadi.. try la.. senang jew . Have fun !!  ^^,



Krisya - Keluang Man

 C                      Am
Dia bagai seorang pahlawan
            F
Menjadi pembela
                G
Bagi yg tiada upaya
                                   Am
Dengan ketangkasan langkah pergerakannya
              F
Menewaskan musuh
                  G
Yang membuat angkara
           C
Dialah satria

  C       F       G
Biar pun di mana jua
         C                 Am
Dia datang dikala malam tiba
         F    G    C
Melakukan tugas mulia

C         F       G
Di desa juga di kota
          C                 Am
Dia datang memberikan baktinya
          F     G      C
Agar hidup aman sejahtera

          C           F   G      C
Keluang man, keluang man,keluangman...







Best kan??   >____________<